Kelab Rakan Muda Kemaman

Yakin Boleh Gemilang!!!

  • October 2017
    S M T W T F S
    « Aug    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Hijrah

  • Aktiviti Terkini

    Indoor Game

  • Aktiviti Akan Datang

    Rihlah Rakan Muda Ramadhan 1431H
  • Buletin

    Kafe Rakan Muda kini dibuka...datanglah beramai-ramai
  • Media

    Metro - Komen Pengerusi terhadap Perkembangan Terkini Sosial Remaja @ Kemaman 24/12/08 - Go Mobile Rakan Muda @ Sinar Harian. 22/12/08 - Team Shuffer Rakan Muda Kemaman @ Metro Sinar Harian - Keusahawanan Punca Ekonomi
  • Recent Posts

  • Bingkisan Rakan Muda

    Kini pihak berkuasa giat menjalankan operasi membanteras mat rempit. Di Kemaman, sekatan jalan merata. menyebabkan kesulitan kepada pengguna awam yang lain. Marilah kita sama-sama membanteras gejala merempit ini demi keselesaan orang ramai. Tidakkah kita merasa berdosa menyebabkan kemalangan samada melibatkan diri kita mahupun orang lain. Walaupun bukan kita yang melanggar atau dilanggar, namun kerana kita...MAT REMPIT, pihak berkuasa melakukan sekatan jalan raya yang menyebabkan hampir tiap hari kemalangan berlaku berhampiran sekatan jalan raya kerana tidak menyedari operasi polis disitu. Sehingga ada yang telah kehilangan nyawa... Sedarlah wahai sahabat sekalian...hero bukannya MAT REMPIT. Tapi heronya adalah kita...menunggang berhemah...

Malaysia…53 tahun

Posted by Rakan Muda Kemaman on 31 August, 2010

Hari ini, genap 53 tahun laungan kemerdekaan diikrarkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan Malaysia…Almarhum mencurahkan sepenuh tenaga keringat dan harta benda bagi mencapai taraf kemerdekaan sepertimana kita kecapi kini…

Tidak pernah Almarhum dan para sahabatnya gentar dan berpatah arang dalam menuntut kemerdekaan…agar kesemua kita termasuk generasi muda, pewaris bangsa mengecapi kenikmatan dan kebahagiaan sebagai seorang rakyat yang merdeka.

Namun, kini setelah 53 tahun Merdeka, mungkin juga lebih daripada jumlah itu kes kelahiran luar nikah akan berlaku di 9 bulan mendatang ini…dan mohon dijauhkan dari Maha pencipta, kes pembuangan bayi juga berlaku di 9 bulan mendatang..dan hari-hari sebelum atau selepasnya…

Dimanakah silapnya hitung dan hisab, ketika wajarnya kita bergembira mengira detik kejayaan menikmati kemerdekaan, kita masih lagi dijajah hawa nafsu…saki baki komunisme hati masih lagi bertapak dihati…dengan rakus anak muda melakukan seks luar nikah, memperwirakan mat rempit, mengagungkan lepak,merokok dan menyalahgunakan dadah…apatah lagi tika ini…tika kita menyambut kemerdekaan ke 53…

Ibu bapa haruslah menjadi lebih liberal..liberal dalam erti kata sebaliknya, bukan liberal pemikiran agama, tapi liberal kewarasan pemikiran…keterbukaan minda…fikirlah jika anak-anakmu keluar pada waktu ini bagi menyambut kemerdekaan…apakah laku perbuatannya? Tidakkah terfikir sang ibu dan sang bapa, jika anak perempuan keluar tika ini, apatah lagi tidak bertemankan muhrim menyambut kemerdekaan atau menyambut hawa nafsunya…Tidak terfikirkah ibu dan bapa yang membiarkan anak lelakinya tidak pulang hingga ke pagi….apa yang dibuatnya? Tidak pernah si ibu ini dan si bapa itu berfikir dengan matang dan bijak sana…mereka hanya tahu Menyalahkan orang lain di atas tingkah laku anaknya…

Jika si polis tertembak anaknya pada jam 3 pagi ketika memecut sebuah kereta, melarikan diri daripada kejaran polis…yang disalahkan adalah si polis…bukan si anak yang keluar pagi..berumur 15 tahun, sudah tentu tanpa lesen, jam 3 pagi…yang sepatutnya ketika itu nyenyak tidur, memandu beratus kilometer sejam, melarikan diri daripada polis…terus kita menyalahkan si polis. Hakikatnya memang si polis silap menembak seorang manusia yang tidak memberi ancaman padanya(sekurang0kurangnya ketika itu)…namun kita tidak berpusing balik kepada pangkal cerita..kita hanya mengulas akhiran cerita itu.

Jika kita berpusing balik ke pangkal cerita, sudah tentu kita memafkan si polis, si ibu bapa mangsa dan si ibu bapa yang lain mengambil tauladan. Si Polis pula akan lebih berhemah…Jika ibu bapa ‘cakna sepatutnya’ sudah tentu si anak tidak akan berakhir dengan berita tragedi…Si ibu dan si bapa membimbing anak-anak menghormati dan mengenali undang-undang..sudah tentu si anak akan takut untuk mencuba, belajar apatah lagi membawa sebuah kereta? Tidak pasti siibu dan sibapa yang mendorong anak-anak mereka belajar, dan sudah tertentu mereka berbangga dengan pencapaian anak mereka yang mahir berkereta ketika masih dibangku sekolah…lihat sahaja berapa ramai ibu bapa penentang kepada undang-undang negara?Membenarkan anak-anak kesekolah menaiki motosikal tanpa lesen? JIka si guru memberi amaran, siibu dan bapa akan memarahi cikgu..melebelkan mereka tidak rasional…jika disaman polis..mereka akan memakukan gelaran polis dengan…tidak berhati perut. Tetapi tidak pernah mereka berfikir itu semua untuk kebaikan rakyat negara ini? Apatah lagi untuk mereka bersyukur ketika disaman?

Si ibu dan si bapa haruslah memerhatikan gerak geri anak-anak…pukul berapa mereka mengulangkaji pelajaran, pukul berapa mereka tidur…siapakah sahabat mereka…jika tidak, takkan terlepas anak-anak jam 3 pagi…membawa kereta…entah kemana…Yang menyedihkan, tika kes ini berlaku, secara spontan terus kesalahan dibahu polis…tiada seorang pun yang sekurang-kurangnya menyoal…”Bagaimana mak bapak budak ini terlepas pandang anak mereka? Kemana dia nak pergi jam 3 pagi…Mengapa dia membawa kereta tanpa lesen…siapa yang ajar budak ini memandu…?” tiada 1 pun persoalan ini ditimbulkan, namun terus terusan seluruh Malaysia menyalahi pihak polis…

Bukan hendak menyalahkan sesiapa, namun ianya sekadar renungan…yang lepas..biarlah ia berlalu..namun ambillah iktibar di atas apa yang berlalu itu untuk hari yang mendatang…moga Merdekanya kita pada kali ini…tidak akan mengulangi penjajahan harta, minda dan jiwa kita…

Semua pihak bergandinglah bahu membentuk remaja yang cemerlang agar remaja ini mampu memikul amanah negara yang terbilang…Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke 53

MERDEKA…!!!MERDEKA…!!!MERDEKA…!!!MERDEKA…!!!MERDEKA…!!!MERDEKA…!!!MERDEKA…!!!

Advertisements

Posted in Pengerusi | Leave a Comment »

HARI BELIA NEGERI TERENGGANU 2010

Posted by Rakan Muda Kemaman on 26 July, 2010

SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2010

Sambutan Hari Belia tahun ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada Jam 2.30 Petang

Datanglah beramai2 ke :

Stadium Tertutup Gong Badak

9 pg hingga 6 ptg

Pelbagai aktiviti disediakan.

Posted in Berita | Leave a Comment »

Perlantikan Jawatankuasa Kecil

Posted by Rakan Muda Kemaman on 1 July, 2010

Kelab Rakan Muda Kemaman dengan ini membuat perlantikan kecil berkuatkuasa serta merta bagi :-

KETUA UNIT PAMERAN DAN PROMOSI

MOHD SHAHKIR FAKHRI BIN SABRI

KETUA BIRO REMAJA SIBER

MOHD SABRI BIN MOHD ARIS

Semoga perlantikan ini memantapkan lagi Kelab Rakan Muda Kemaman…

Posted in Pengerusi | 2 Comments »

Rakan Muda Kemaman Band

Posted by Rakan Muda Kemaman on 17 February, 2010

Kini Kelab Rakan Muda Kemaman telah memiliki Live Band sendiri yang diberikan nama

Rakan Muda Kemaman Band

Posted in Pengerusi | Leave a Comment »

Kafe Rakan Muda

Posted by Rakan Muda Kemaman on 8 February, 2010

Kafe Rakan Muda Kini dibuka…Kafe yang dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Rakan Muda Kemaman Berhad beroperasi di Anjung Rakan Muda, Kompleks Rakan Muda Kemaman. datanglah beramai-ramai.

Posted in Berita | Leave a Comment »

RIHLAH RAKAN MUDA RAMADHAN KG. SUNGAI PERGAM 1430H

Posted by Rakan Muda Kemaman on 10 September, 2009

RIHLAH RAKAN MUDA RAMADHAN KG. SUNGAI PERGAM 1430

(RAKAN MUDA ETNIK MINORITI ORANG ASLI)

Tahun ini Kelab Rakan Muda Kemaman menganjurkan RIHLAH RAKAN MUDA KEMAMAN buat kali ke-2. Program kali ini adalah merupakan program 3 Dalam 1 iaitu bagi menyempurnakan Program Rakan Muda Etnik Minoriti Orang Asli, Kembara, dan Majlis Berbuka Puasa.

Rihlah atau Kembara ini akan bermula dari Pejabat Ahli Parlimen Kemaman menuju ke Kampung Sungai Pergam, Perkampungan Orang Asli pada jam 3.45 Petang. Rihlak kali ini akan berhenti Solat Asar di Masjid Kampung Air Putih dan seterusnya Mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan bantuan Ramadhan dan Pengagihan Bubur Lambuk kepada penduduk Kampung Air Putih.

Seterusnya Konvoi yang disertai oleh Kenderaan Pacuan 4 roda (4X4) daripada Cukai Adventure team (CAT), Motosikal Berkuasa Tinggi, Kereta dan 4 Buah Bas akan menuju ke Kampung Sungai Pergam.

Di Kampung Sungai Pergam para peserta akan dipersembahkan dengan Persembahan Nasyid daripada Ahli Kelab Rakan Muda Orang Asli Sungai Pergam.

Program Anjuran Kelab Rakan Muda Kemaman, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kemaman. Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, JKKK Kg. Sungai Pergam, JKKK Kg. Air Putih, Cukai Adventure Team (CAT), GPMS Kemaman dan MPK

Tarikh : 14.09.09 (ISNIN)

Masa : 3.45 Petang (Pejabat Parlimen Kemaman)

Tempat : Pejabat Ahli Parlimen Kemaman

Masjid Kampung Air Putih

Kampung Sungai Pergam

Kepada yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Sekretariat Program di talian

09-8683030/ 013-2020785

Posted in Aktiviti | Leave a Comment »

Salam Ramadhan

Posted by Rakan Muda Kemaman on 26 August, 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera… saya mewakili seluruh warga Rakan Muda Kemaman mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa…Moga2 Yang Esa Merahmati Segala Perjalanan Ibadat Kita…

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, Pejabat Kelab Rakan Muda Kemaman Dan Pusat Khidmat Rakan Muda akan dibuka pada jam

2.00 Petang – 5.00 Petang

Saya juga mohon maaf di atas kelewatan update blog ini. Untuk makluman, Kelab Rakan Muda Kemaman padat dengan aktiviti dan juga kami sedang berusaha keras untuk membangunkan KOMUDA (Koperasi Rakan Muda Kemaman Berhad). Kini, Pusat Khidmat Rakan Muda juga sedang giat dibangunkan dan seberapa ketika ini, operasi online kami akan tergendala. Harap maklum.

Posted in Pengerusi | Leave a Comment »

Kunjungan JBSWPKL Ke KRM Daerah Kemaman

Posted by Rakan Muda Kemaman on 25 July, 2009

Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan ke atas Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman yang diketuai oleh Pengarah JBS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Julai 2009. Terima kasih daripada Kelab Rakan Muda Kemaman di atas kunjungan tersebut.

Posted in Berita, PBSD Kemaman | Leave a Comment »

Kursus Kepimpinan Tunas Pemimpin Fasa I

Posted by Rakan Muda Kemaman on 2 July, 2009

Kursus Kepimpinan Tunas Pemimpin Rakan Muda Kemaman 2009 Siri Pertama telah diadakan pada 7 Julai 2009 hingga 9 Julai 2009. Peserta adalah terdiri daripada Pengawas SMK Sultan Ismail Kemaman. Kursus ini adalah merupakan kursus khas untuk membentuk pemimpin di kalangan pemimpin-pemimpin sekolah seperti Pengawas Sekolah. Program ini akan diteruskan lagi dengan penyertaan dibuka kepada pemimpin-pemimpin sekolah seperti badan beruniform dan persatuan.

Program ini bermula pada 7 Julai 2009, para peserta menjalani kursus di Dusun Eco Resort, Bentong. Pada hari ke-2, para peserta dibawa ke Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia di Menara KBS, Putrajaya. Disana para peserta diberikan Taklimat Anugerah Remaja Perdana oleh Penolong Pengarah Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Cik Siti Mariam Binti Ahmad Tobias. Taklimat ini diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek yang kemudiannya sempat beramah mesra dengan para peserta. Beliau juga sempat berpesan agar bakal-nakal pemimpin ini belajar bersungguh-sungguh agar menjadi pemimpin yang unggul. Kemudian, para peserta dibawa ke Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Para peserta disambut dan diberikan taklimat Pembangunan Rakan Muda oleh En Mohd Khairi Bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para peserta juga didedahkan dengan aktiviti Rakan Muda Wirausaha di Down Town Setapak. Para peserta bertolak ke Sunway Lagoon pada hari yang ketiga dan melawat sekitar Kuala Lumpur. Pada hari ke-4, para peserta ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menilai nilai-nilai peradaban negara.

Program ini adalah merupakan kerjasama daripada Kelab Rakan Muda Kemaman dan SMK Sultan Ismail Kemaman dan adalah merupakan siri pertama daripada 5 siri yang akan diadakan pada tahun ini. Program ini mendapat sokongan penuh dan respon yang baik daripada YB Dato’ Ahmad Shabary Bin Cheek, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia merengkap Mentor Kelab Rakan Muda Kemaman. Beliau telah mengarahkan Kelab Rakan Muda Kemaman untuk meneruskan 4 siri lagi dengan beberapa penambahbaikan. 1 Modul baru telah dirangka dan akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya 31 Julai 2009 ini dengan dibarisi ahli panel Modul yang terbaik iaitu En Ruhisyam Bin Ibrahim (Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kemaman) sebagai Pengerusi, En. Jamal Bin Sidek (Pengerusi Majlis Kaunselor Daerah Kemaman) sebagai Timbalan Pengerusi, Sdr Mohd Izham Bin Ahmad (Pengerusi KRM Kemaman) selaku Setiausaha, dan ahli-ahli panel En. Aziz Bin Ibrahim (Kaunselor Pelajar), En. Zulkipali (AJK GPMS Kemaman), Mohd Nor Azmi (Naib YDP GPMS) dan En. Azam Bin Ibrahim (Naib YDP GPMS).

Posted in Aktiviti, Berita | Leave a Comment »

Pertandingan Shuffle Rakan Muda Kemaman

Posted by Rakan Muda Kemaman on 29 June, 2009

Pertandingan Shuffle Rakan Muda Kemaman akan diadakan sepertimana berikut :-

4 julai 2009 (Sabtu)

Padang Astaka

Borang penyertaan bolehlah didapati di :-

Pejabat Kelab Rakan Muda Kemaman

Anjung Rakan Muda

Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman

24000 Kemaman, Terengganu.

Tel : 09-8683030 (Edy)

H/P : 019-9210833

Tarikh tutup penyertaan pada 3 Jun 2009 !!!

Posted in Aktiviti, Berita | 1 Comment »