Keahlian KRM Kemaman
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Kelab Rakan Muda Kemaman mengalu-alukan para remaja yang berumur 15 hingga 25 tahun untuk menyertai Kelab Rakan Muda Kemaman.
KRM Kemaman menyediakan pelbagai aktiviti dan program untuk para ahli. Dan Kami juga sedia menerima sebarang cadangan aktiviti daripada para ahli.
Antara xtvt yg disediakan :
a. Program Gaya Hidup Rakan Muda :-
- RM Kecergasan (Badminton, Aerobik, Gimnasium, Paintball, dsbnya)
- RM Masyarakat (Gotong-royong, bantuan ke atas rumah kenangan, dsbnya)
- RM Wajadiri (Seni Silat)
- RM Seni Budaya (Tarian Kebudayaan, Kompang, dsbnya)
- RM Inovasi (Air Brush, Seni Taman, dsbnya)
- RM Wirausaha (Pengembangan Usahawan, Koperasi, Ternakan Ikan Keli, dsbnya)
- RM Cinta Alam (Kem, Perkhemahan, Gotong-Royong, dsbnya.
b. Program Baru Rakan Muda :-
- RM Sukarelawan (Skuad Sukarelawan, Kem Sukarelawan, dsbnya.)
- RM Remaja Siber (Pusat Siber, Pertandingan Blog, Kelas Komputer, dsbnya)
- RM Wawasan Desa (Program anak angkat, dsbnya.)
c. Program Tahunan
- Karnival Usahawan Dan ICT Rakan Muda Kemaman
- Khemah Kerja Rakan Muda
- Kem Cinta Alam
- Kem Pengurusan Stress
- Eksplorasi Kepimpinan
- Air Brush
- Konvoi Motosikal
- Ekspidisi Berbasikal
- Rihlah Rakan Muda Ramadhan
- Konvensyen Rakan Muda Kemaman
- Lawatan Sambil Belajar
d. Program Pengupayaan
- Ternakan Ikan Keli
- Keusahawanan
Untuk pendaftaran keahlian Kelab Rakan Muda Kemaman, anda bolehlah mendapatkan borang permohonan di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kemaman atau di pameran-pameran bergerak Kelab Rakan Muda Kemaman.
Anda hanya dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 untuk seumur hidup (sehingga berumur 25 tahun) dan sekeping gambar berukuran passport…dan anda akan menikmati segaal kemudahan Kelab Rakan Muda Kemaman iaitu penyertaan Program dan Aktiviti KRM Kemaman dan kemudahan penggunaan gelanggang badminton di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman.
M. Abdul Hanan said
Saya Ingin menyertai Rakan Muda.
Rakan Muda Kemaman said
Anda boleh sertai Kelab Rakan Muda di Parlimen masing2. Kalau Kelab Rakan Muda (KRM) Kemaman, anda boleh mengisi borang di :-
Pejabat Kelab Rakan Muda Kemaman
Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman
Jalan Mak Lagam
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.
09-8683030
Yuran pendaftaran sekali seumur hidup, hanya RM5.
lutfi said
sy nk sertai kelab rakan muda
Rakan Muda Kemaman said
Anda boleh sertai Kelab Rakan Muda melalui kelab Rakan Muda(KRM) di Parlimen masing2. Bagi yg tinggal di Kawasan Parlimen Kemaman, anda bolehlah menyertai KRM Kemaman. Anda perlu mengisi Borang Keahlian KRM Kemaman dan bayar sebanyak RM5. Anda boleh dapatkan borang tersebut di
Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman
Tel : 09-8683030
H/P : 019-4349385 (Pengerusi)
fadhil izzuddin said
sy nk sertai keleb rakan muda kemaman…
nak tanye sket…
;bler kejohanan silat olahraga yg terdekat akan berlangsung & bagaimana saya nak menyertainya???
adakah dgn guru silat saya,EN. MUSTAPHA???
Rakan Muda Kemaman said
Anda boleh mengisi borang permohonan Keahlian Kelab Rakan Muda Kemaman di
Pejabat Kelab Rakan Muda Kemaman
Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman
Jalan Mak Lagam
24000 Kemaman
Terengganu.
Kejohanan Silat Olahraga akan diadakan pada bulan Julai 2009.
Latihan Silat(Rakan Muda Seni Budaya)akan diadakan selewat2nya bulan Julai 2009.
Segala maklumat terkini berkenaan xtvt KRM Kemaman sila kunjungi blog ini.
Anda boleh menghubungi pengerusi KRM Kemaman @ 019-4349385 untuk sebarang pertanyaan.
habib_bdr bera said
Salam,suma..Sy dr pahang,so mcm ner sy nk join KRM Kemaman ini..Minta penjelasan….
Rakan Muda Kemaman said
Salam…kalo nak jadi Ahli Kelab Rakan Muda Kemaman, anda mestilah :-
Dilahirkan@ Bermastautin di Kemaman
fateeha said
salam, sya dari kuala terengganu. sy nak mnyertai kelab rakan muda. MINTA PENJELASAN.. trema kasih
Rakan Muda Kemaman said
Salam…jika sdri brasal, menetap atau bermastautin di Kuala Terengganu, Sdri blh menyertai Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu. Sila hubungi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Terengganu di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, Jalan Pasir Panjang. Jika ingin menyertai KRM Kemaman, anda haruslah bermastautin di Kawasan Parlimen Kemaman. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi KRM Kemaman di 013-9499941 atau ym jaguars_legenda. email : rakanmuda.kemaman@gmail.com
Rakan Muda Kemaman said
Salam… saudari bolehlah mendaftar di Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu atau Kelab Rakan Muda Kuala Nerus (Jika tgl di kawasan Parlimen berkenaan. Saudari boleh ke Pejabat Belia Dan Sukan Kuala Terengganu di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu di Jalan Pasir Panjang. Atau boleh hubungi or sms sya di 0139499941. email rakanmuda.kemaman@gmail.com
wfrieda said
salam..sy dr k.trg,berumur 26thn. ingin menyertai rakan muda dan aktivitiu2 yg d anjurkan..
di ats ada di nyatakan umur 15 hingga 25..adakah sy masih berkelayakan utk menyertai?..
Rakan Muda Kemaman said
Salam…Program2 rakan Muda, Keahlian Kelab Rakan Muda dan Keahlian kad Rakan Muda hanya untuk remaja yang berumur 15-25 tahun. Ini bermakna, tamatnya umur 25 tahun, anda sudah tidak dikira lagi sebagai Rakan Muda.
salyani binti sidek said
salam nak tanyer dekat kuala terengganu ade x kelab rakan muda???????????tlg bagi tahu mcm nane nak sertai.
salyani binti sidek said
salam saya nak tahu dekat k.trg ade x kelab rakan muda??mcm mane care nyer???
sham said
salam, saya anak jati paka,dungun terengganu. salah seorang ahli rakan muda parlimen kuantan.Masuk rakan muda kuantan pun kerana saya belajar kat pahang skill deveploment center.Jadi saya dah nak abis belajar,umur 24 tahun.Saya mencari-cari rakan muda parlimen dungun wujud ke tidak? bukan apa saya berfikir sudah tiba masanya saya berbakti kepada parlimen saya dan negeri saya.. kalau ada apa-apa info tolong email saya, sham_psdc@yahoo.com
nurul said
nk sertai rakan muda…………
nurul said
kalu ada apa2 aktiviti blh news kan pada saya kerana saya berminat untuk menyertainye…
dilla said
salam.
nak tanya kalau ada apa2
info mengenai kelab rakan muda daerah dungun.
sy dah cuba search melalui internet tp
setakat ini hanya kelab rakan muda kemaman yg kelihatan aktif menjalankan
aktiviti2 tahunan.
semoga terus cemerlang di masa hadapan.=)
Rakan Muda Kemaman said
Salam…Setahu sya, KRM Dungun masih blom ader blog. Sila hubungi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Dungun 098423122.
Terima kasih kpd saudari kerana menyokong program Rakan Muda…saudari juga boleh join kami melalui prog kami pd masa hadapan…
Rakan Muda Kemaman said
Saudari boleh datang ke Pejabat Rakan Muda Kemaman di Anjung Rakan Muda, Kompleks Rakan Muda Kemaman. pelbagai maklumat boleh diperolehi disitu… atau hubungi kami di talian
0139499941. sila hantarkan alamat email saudari ke
rakanmuda.kemaman@gmail.com supaya kami boleh update maklumat kepada saudari
Rakan Muda Kemaman said
Boleh…hubungi 013-9499941 atau ke Pejabat kami…kami mengalu-alukannya
Rakan Muda Kemaman said
Salam…untuk makluman saudara, KRM Dungun masih wujud…saudara boleh mendapatkan segala maklumat di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Dungun di talian 09-8423122
Rakan Muda Kemaman said
Salam…KRM di Daerah Kuala Terengganu ada 2 buah iaiatu KRM Kuala Nerus dan KRM Kuala Terengganu…saudari boleh menghubungi :-
KRM Kuala Terengganu 019-9399135 (Penggerak Rakan Muda Kuala Terengganu
KRM Kuala Nerus 019-9544885 (Pengerusi)
zul said
salam…sye ni duk dungun cam ne sye nak sertai KRM ni??
norsiah said
salam saya nak sertai kelab rakan muda. saya nak tahu ada tak yang berdaktan kat kl .
Rakan Muda Kemaman said
Setiap Kaw3asan Parlimen mempunyai Kelab Rakan Muda…
Rakan Muda Kemaman said
Sila ke Pejabat belia Dan Sukan Daerah Dungun….tq