Kelab Rakan Muda Kemaman

Yakin Boleh Gemilang!!!

  •  

    February 2010
    S M T W T F S
    « Sep    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Aktiviti Terkini

    Indoor Game

  • Aktiviti Akan Datang

    Kem Kesejahteraan Diri Pelajar @ Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman
  • Buletin

    Kafe Rakan Muda kini dibuka...datanglah beramai-ramai
  • Media

    Metro - Komen Pengerusi terhadap Perkembangan Terkini Sosial Remaja @ Kemaman 24/12/08 - Go Mobile Rakan Muda @ Sinar Harian. 22/12/08 - Team Shuffer Rakan Muda Kemaman @ Metro Sinar Harian - Keusahawanan Punca Ekonomi
  • Recent Posts

  • Bingkisan Rakan Muda

    Kini pihak berkuasa giat menjalankan operasi membanteras mat rempit. Di Kemaman, sekatan jalan merata. menyebabkan kesulitan kepada pengguna awam yang lain. Marilah kita sama-sama membanteras gejala merempit ini demi keselesaan orang ramai. Tidakkah kita merasa berdosa menyebabkan kemalangan samada melibatkan diri kita mahupun orang lain. Walaupun bukan kita yang melanggar atau dilanggar, namun kerana kita...MAT REMPIT, pihak berkuasa melakukan sekatan jalan raya yang menyebabkan hampir tiap hari kemalangan berlaku berhampiran sekatan jalan raya kerana tidak menyedari operasi polis disitu. Sehingga ada yang telah kehilangan nyawa... Sedarlah wahai sahabat sekalian...hero bukannya MAT REMPIT. Tapi heronya adalah kita...menunggang berhemah...

Kafe Rakan Muda

Posted by Rakan Muda Kemaman on 8 February, 2010

Kafe Rakan Muda Kini dibuka…Kafe yang dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Rakan Muda Kemaman Berhad beroperasi di Anjung Rakan Muda, Kompleks Rakan Muda Kemaman. datanglah beramai-ramai.

Posted in Berita | Leave a Comment »

RIHLAH RAKAN MUDA RAMADHAN KG. SUNGAI PERGAM 1430H

Posted by Rakan Muda Kemaman on 10 September, 2009

RIHLAH RAKAN MUDA RAMADHAN KG. SUNGAI PERGAM 1430

(RAKAN MUDA ETNIK MINORITI ORANG ASLI)

Tahun ini Kelab Rakan Muda Kemaman menganjurkan RIHLAH RAKAN MUDA KEMAMAN buat kali ke-2. Program kali ini adalah merupakan program 3 Dalam 1 iaitu bagi menyempurnakan Program Rakan Muda Etnik Minoriti Orang Asli, Kembara, dan Majlis Berbuka Puasa.

Rihlah atau Kembara ini akan bermula dari Pejabat Ahli Parlimen Kemaman menuju ke Kampung Sungai Pergam, Perkampungan Orang Asli pada jam 3.45 Petang. Rihlak kali ini akan berhenti Solat Asar di Masjid Kampung Air Putih dan seterusnya Mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan bantuan Ramadhan dan Pengagihan Bubur Lambuk kepada penduduk Kampung Air Putih.

Seterusnya Konvoi yang disertai oleh Kenderaan Pacuan 4 roda (4X4) daripada Cukai Adventure team (CAT), Motosikal Berkuasa Tinggi, Kereta dan 4 Buah Bas akan menuju ke Kampung Sungai Pergam.

Di Kampung Sungai Pergam para peserta akan dipersembahkan dengan Persembahan Nasyid daripada Ahli Kelab Rakan Muda Orang Asli Sungai Pergam.

Program Anjuran Kelab Rakan Muda Kemaman, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kemaman. Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, JKKK Kg. Sungai Pergam, JKKK Kg. Air Putih, Cukai Adventure Team (CAT), GPMS Kemaman dan MPK

Tarikh : 14.09.09 (ISNIN)

Masa : 3.45 Petang (Pejabat Parlimen Kemaman)

Tempat : Pejabat Ahli Parlimen Kemaman

Masjid Kampung Air Putih

Kampung Sungai Pergam

Kepada yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Sekretariat Program di talian

09-8683030/ 013-2020785

Posted in Aktiviti | Leave a Comment »

Salam Ramadhan

Posted by Rakan Muda Kemaman on 26 August, 2009

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera… saya mewakili seluruh warga Rakan Muda Kemaman mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa…Moga2 Yang Esa Merahmati Segala Perjalanan Ibadat Kita…

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, Pejabat Kelab Rakan Muda Kemaman Dan Pusat Khidmat Rakan Muda akan dibuka pada jam

2.00 Petang – 5.00 Petang

Saya juga mohon maaf di atas kelewatan update blog ini. Untuk makluman, Kelab Rakan Muda Kemaman padat dengan aktiviti dan juga kami sedang berusaha keras untuk membangunkan KOMUDA (Koperasi Rakan Muda Kemaman Berhad). Kini, Pusat Khidmat Rakan Muda juga sedang giat dibangunkan dan seberapa ketika ini, operasi online kami akan tergendala. Harap maklum.

Posted in Pengerusi | Leave a Comment »

Kunjungan JBSWPKL Ke KRM Daerah Kemaman

Posted by Rakan Muda Kemaman on 25 July, 2009

Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan ke atas Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman yang diketuai oleh Pengarah JBS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Julai 2009. Terima kasih daripada Kelab Rakan Muda Kemaman di atas kunjungan tersebut.

Posted in Berita, PBSD Kemaman | Leave a Comment »

Kursus Kepimpinan Tunas Pemimpin Fasa I

Posted by Rakan Muda Kemaman on 2 July, 2009

Kursus Kepimpinan Tunas Pemimpin Rakan Muda Kemaman 2009 Siri Pertama telah diadakan pada 7 Julai 2009 hingga 9 Julai 2009. Peserta adalah terdiri daripada Pengawas SMK Sultan Ismail Kemaman. Kursus ini adalah merupakan kursus khas untuk membentuk pemimpin di kalangan pemimpin-pemimpin sekolah seperti Pengawas Sekolah. Program ini akan diteruskan lagi dengan penyertaan dibuka kepada pemimpin-pemimpin sekolah seperti badan beruniform dan persatuan.

Program ini bermula pada 7 Julai 2009, para peserta menjalani kursus di Dusun Eco Resort, Bentong. Pada hari ke-2, para peserta dibawa ke Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia di Menara KBS, Putrajaya. Disana para peserta diberikan Taklimat Anugerah Remaja Perdana oleh Penolong Pengarah Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Cik Siti Mariam Binti Ahmad Tobias. Taklimat ini diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek yang kemudiannya sempat beramah mesra dengan para peserta. Beliau juga sempat berpesan agar bakal-nakal pemimpin ini belajar bersungguh-sungguh agar menjadi pemimpin yang unggul. Kemudian, para peserta dibawa ke Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Para peserta disambut dan diberikan taklimat Pembangunan Rakan Muda oleh En Mohd Khairi Bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para peserta juga didedahkan dengan aktiviti Rakan Muda Wirausaha di Down Town Setapak. Para peserta bertolak ke Sunway Lagoon pada hari yang ketiga dan melawat sekitar Kuala Lumpur. Pada hari ke-4, para peserta ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menilai nilai-nilai peradaban negara.

Program ini adalah merupakan kerjasama daripada Kelab Rakan Muda Kemaman dan SMK Sultan Ismail Kemaman dan adalah merupakan siri pertama daripada 5 siri yang akan diadakan pada tahun ini. Program ini mendapat sokongan penuh dan respon yang baik daripada YB Dato’ Ahmad Shabary Bin Cheek, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia merengkap Mentor Kelab Rakan Muda Kemaman. Beliau telah mengarahkan Kelab Rakan Muda Kemaman untuk meneruskan 4 siri lagi dengan beberapa penambahbaikan. 1 Modul baru telah dirangka dan akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya 31 Julai 2009 ini dengan dibarisi ahli panel Modul yang terbaik iaitu En Ruhisyam Bin Ibrahim (Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kemaman) sebagai Pengerusi, En. Jamal Bin Sidek (Pengerusi Majlis Kaunselor Daerah Kemaman) sebagai Timbalan Pengerusi, Sdr Mohd Izham Bin Ahmad (Pengerusi KRM Kemaman) selaku Setiausaha, dan ahli-ahli panel En. Aziz Bin Ibrahim (Kaunselor Pelajar), En. Zulkipali (AJK GPMS Kemaman), Mohd Nor Azmi (Naib YDP GPMS) dan En. Azam Bin Ibrahim (Naib YDP GPMS).

Posted in Aktiviti, Berita | Leave a Comment »

Pertandingan Shuffle Rakan Muda Kemaman

Posted by Rakan Muda Kemaman on 29 June, 2009

Pertandingan Shuffle Rakan Muda Kemaman akan diadakan sepertimana berikut :-

4 julai 2009 (Sabtu)

Padang Astaka

Borang penyertaan bolehlah didapati di :-

Pejabat Kelab Rakan Muda Kemaman

Anjung Rakan Muda

Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman

24000 Kemaman, Terengganu.

Tel : 09-8683030 (Edy)

H/P : 019-9210833

Tarikh tutup penyertaan pada 3 Jun 2009 !!!

Posted in Aktiviti, Berita | 1 Comment »

Program 1 Belia 1 Malaysia

Posted by Rakan Muda Kemaman on 13 June, 2009

Program 1 Belia 1 Malaysia telah berlangsung selama lebih 3 hari bermula pada 11 Jun 2009 dan akan berakhir pada hari ini, 13 Jun 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman.

Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

Posted in Berita | Leave a Comment »

Koperasi Rakan Muda Kemaman Berhad

Posted by Rakan Muda Kemaman on 13 June, 2009

12 Jun 2009 (Jumaat) – Kelab Rakan Muda Kemaman telah melangsungkan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Rakan Muda Kemaman Berhad pada hari ini jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Yg. Berbahagia En. Ruhisyam Bin Ibrahim, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kemaman, Encik Marzuki Bin Mamat, Wakil kepada Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Terengganu Selatan, En. Mohd Izham Bin Ahmad, Pengerusi KRM Kemaman serta ahli-ahli Kelab Rakan Muda Kemaman.
Menurut Pengerusi Kelab Rakan Muda Kemaman, Saudara Mohd Izham Bin Ahmad, Koperasi ini adalah merupakan koperasi pertama ditubuhkan oleh Kelab Rakan Muda Parlimen di Malaysia. Sempena dengan Program 1 Belia 1 Malaysia yang akan berlangsung pada 13 Jun 2009, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek dijangka akan menyerahkan Dokumen penubuhan Koperasi Rakan Muda Kemaman Berhad kepada Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman yang akan berlangsung pada jam 11.00 pagi. Beliau juga berharap agar koperasi ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi para remaja khususnya.

Posted in Berita | Leave a Comment »

Selamat Ulang Tahun…

Posted by Rakan Muda Kemaman on 6 June, 2009

Hari ini Kelab Rakan Muda Kemaman menyambut Ulang Tahun Kelahiran seorang ahli Kelab yang Ke-21. saudara Pengerusi bersama beberapa orang ahli Kelab telah membuat kejutan di Pejabat Pengerusi KRM Kemaman. Selamat Ulang Tahun….Aras Bin Andy Fiheery…

Posted in Berita | 2 Comments »

Kejohanan Badminton Rakan Muda Kemaman

Posted by Rakan Muda Kemaman on 6 June, 2009

 

Kejohanan Badminton Rakan Muda Peringkat Daerah Kemaman Piala Pegawai Daerah Kemaman diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman pada 5 dan 6 Jun 2009. 2 kategori dipertandingkan bagi merebut 2 piala iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Rakan Muda (15 hingga 25 tahun).

Kelab Rakan Muda Kemaman melalui RMK Badminton Team telah menghantar 4 penyertaan ke pertandingan tersebut.

Team Kelab Rakan Muda Kemaman telah menjuarai Kejohanan Badminton Rakan Muda Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2009 Piala Pegawai Daerah Kemaman. Regu Team KRM Kemaman ini telah membuktikan bahawa latihan Rakan Muda Kecergasan- Badminton yang diadakan setiap hari Isnin dan Rabu berkesan. Menurut Pengerusi KRM Kemaman, Saudara Mohd Izham Bin Ahmad, latihan akan diteruskan bagi mencungkil bakat baru bukan sahaja di dalam sukan Badminton, malah bagi sukan yang lain terutamanya Futsal, Bola Sepak dan Paintball. ‘ Sebelum ini, kita telah berjaya menjuarai pertandingan Paintball Rakan Muda Negeri Terengganu dan Naib Juara Piala Menteri Besar. Kini kita berjaya membuktikan bahawa Kelab Rakan Muda Kemaman mampu melahirkan seberapa ramai mungkin juara di dalam bidang sukan’.

 

Posted in Berita | Leave a Comment »